Keutamaan Ayat Kursi
Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut
riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu
malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat
ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya
terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang
mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap
kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali
masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan
musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan
raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia
dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann
keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran
dan kekaraman.
2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang
siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak
18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan
berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan
kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara
dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang
guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota
sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca
ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air
hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya
dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu,
Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak
tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya
ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi
sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan
memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam
melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya
dan diberikan apa yang dituntutnya.
7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka
Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk
kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan
mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap
serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas
sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam
garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat
Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak
akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa;
sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam
selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia,
Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud
dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
Sumber : https://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/02/keutamaan-ayatul-kursi/

Tidak ada komentar:
Posting Komentar